Wednesday 11 July 2012


KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN


1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya secara tidak langsung akan mewujudkan pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walaupun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.
Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar- pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun ,olehkerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliranfikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalampelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran
1.1.1 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI
I. Menarik Perhatian
II. Mewujudkan Motivasi
III. Membuat Perkaitan
IV. Menstruktur
MENARIK PERHATIAN
Dalam melaksanakan komponen ini, kita harus mewujudkan nada suara yang sesuai dan dibantu oleh alat ABM yang menarik minat para pelajar. Selain itu, guru harus menggunakan gerakan anggota tubuh badan .Sebagai contohnya ialah kontek mata ,isyarat pergerakan terhadap para pelajar. Ini kerana ianya dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar.
MEWUJUDKAN MOTIVASI
Dalam mewujudkan motivasi ini ianya dapat membangkitkan rasa ingin tahu parap pelajar. Teknik ini boleh disampaikan dengan cara menyampaikan cerita atau menunjukkan aktiviti yang berguna. Bukan itu sahaja, guru juga dapat meningkatkan perasaan ingin tahu ini dengan cara membuat soalan-soalan yang mencabar. Dengan ini para pelajar dapat menumpukkan perhatian dalam menyelesaikan permasalahan.
MEMBUAT PERKAITAN
Membuat perikatan ini merangkumi pengetahuan lepas murid. Dengan cara ini ianya dapat mengaitkan isi pelajaran baru tentang pengalaman sedia ada. Selain itu, guru harus mengaitkan peristiwa semasa dan mengaitkan minat dan pengalaman murid dalam menyampaikan set induksi ini agar set induksi yang hendak disampaikan itu dapat menarik minat para pelajar.
MENSTRUKTUR
Mensturtur pula merangkumi perkara yang menyatakan had tugasan yang akan dijalankan dengan cara menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. Selain itu, menstruktur juga dapat menyatakan cara-cara melaksanakan tugasan, menyatakan aktiviti, tugasan atau projek dalam sesuatu set induksi itu.
1.2 KEMAHIRAN PENYOALAN
Penyoalan merupakan aktiviti intensif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat menguji aras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.
Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid kearah tingkahlaku pembelajaran yang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripada mudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan , teberan penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudih difahami.
1.2.1 JENIS PENYOALAN
ü Bertumpu tertutup
Menumpukan penyoalan terhadap seorang pelajar sahaja (penyoalan individu)
ü Bercapah terbuka
Tidak menumpukan soalan terhadap seorang individu. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar untuk cuba menjawab tanpa ada paksaan (penyoalan secara terbuka)
1.2.2 KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu:
ü Pembentuk Soalan
Pembetukan soalan ini mestilah jelas dan menggunakan aras bahasa, frasa dan sebagainya harus mempunyai penjelasan.
ü Fokus (Tunggal)
Fokus yang diberi penekanan dalam kaedah penyoalan ini adalah melontar soalan. Soalan yang biasa dilontarkan adalah soalan khusus.
ü Fokus (Pelbagai)
jenis soalan yang disampaikan adalah bersifat terbuka ataupun umum.
ü Sebaran
Sebar kepada semua pelajar tentang soalan dan seterusnya meminta murid-muirid untuk memberi jawapan.
ü Hentian
Dalam penyoalan ini kita harus berhenti sejenak untuk memberi masa kepada murid-murid untuk berfikir dan mencari isi.
ü Melayani Jawapan
kita harus beri perhatian kepada jawapan murid-murid dan beri pujian dan galakan selepas murid tersebut selesai menjawab.
ü Memberi Petunjuk
ü Mencungkil Fikiran
1.3 VARIASI RANSANGAN
Variasi rangsangan ini adalah merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. Ini kerana dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.
Pengenalan teknik ini, aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. Selain itu, ianya dapat menarik minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik lagi. Oleh itu, naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan sebagainya. Dengan ini ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.
1.3.1 KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN
Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.
ü Komponen Perubahan Pergerakan Langkah Guru
Pergerakan guru mengelilingi kelas semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.
ü Komponen Perubahan Pergerakan Anggota Guru
Guru menggunakan bahagian anggota badan sebagai contohnya ialah tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.
ü Komponen Perubahan Nada Suara Guru
Penggunan nada suara nyaring ataupun tinggi dalam p&p adalah penting bagi menjelaskan dan menegaskan sesuatu perkara mengikut kepentingan bahan pengajaran.
ü Komponen Perubahan Fokus Deria Pelajar
Penggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengubah fokus deria pelajar untuk belajar dengan lebih minat lagi. Dengan cara ini murid akan bertambah minat untuk belajar dan tidak akan berasa bosan semasa sesi p&p berlaku.
ü Komponen Perubahan Bentuk Lisan Pelajar
Penglibatan murid dalam sesi adalah penting agar sesi p&p lebih menarik dengan melibatkan diri secara lisan contohnya penggunaan bahasa.
ü Komponen Perubahan Bentuk Fizikal Pelajar
Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.
1.4 PENGGUNAAN PAPAN TULIS
Papan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerengan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca.
Melalui penggunaan papan tulis ini, para pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea degan lebih jelas dan tepat. Selain itu, para pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.Dengan ini aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik dan perkara yang difokuskan seperti konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan
1.4.1 KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS
KEJELASAN
Saiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan tepatGambar rajah jelas dan ringkas

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepatPermudahkan konsep atau idea yang susah.Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.Gunakan dalam masa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment